Dec 28, 2010

berani ker???

lame 2 xupdate blog nie...


bkan mghilang bkan dihilangkan dan ape2 yg sewaktu dgn nyer..tp saje2 je hilang..best gak men hilang2 nie kan..tp xelok..nyusahkan org len je..tp nk jd invisible men r..eehhhhhh....bukan2...invisible women la..


ok2..dah la..tittle ari nie aku ketengahkan bukan saje2 nk tarik perhatian jer tp nk bg kesedaran ckit kat diri aku n gak semua yg bace blog nie..cayo lar..


"berani ker????"


nk thu knpe tittle nie jd pilihan aku sb aku nk cite slame aku mghilang nie aku sje menyibukkan diri atau mencumburui  ceburi bidang sukan badminton...kihkihkih...lawak ker??
sbnarnyer x lawak pn..kan post yg lpas [klik] aku der citer yg aku nk la kuruskan badan...jadi oleh kerana semesta 6 nie begitu short sem{aku suke giler 2...leh keje lak nk cri duit byar hutang RM16500 kat ptptn n balas budi mak aku}aku bertekad nk kuruskan la ckit badan aku yg dah besar byk sgt nie,...
kat cnie lak member2 aku jenis muke pn slmber jer sb dh jd senior plg berkuasa kan..so aku pn menjoinkan diri join diorg men badminton kat bawah blok..walupn pmpuan2 len  fikir kami nie gedikkzss ker, ape aku kisah??? lantak ko la ea wahai pemikir yg negatif trhadap kami yg bermain2 badminton nie..wlu kami semua xleh jd sehebat pemain negara mcm mereka semua nie..
  • Lee Chong Wei
  • Wong Choong Han
  • Mohd Hafiz Hashim
  • Tan Chun Seang

ape kes???
nie ade beberapa kebaikan main bedminton taw..

  1. playing badminton till you get an increase in heart rate or mild breathlessness regularly in middle age lowers the risk of death by about 23% in the subsequent 20 years and improves longevity by at least 2 years. The optimal health benefits are achieved by playing badminton for at least 30 minutes a day after adequate warm up.
  2. increases the levels of HDL good cholesterol while decreasing the levels of bad cholesterols
  3. are helpful in hypertensive individuals.
  4. protection from heart disease, especially heart attacks.
  5. helps overweight people to reduce their weight and attain optimal weight for their height and age.
  6. promotes the activity of the bone forming cells and help in the assimilation of calcium in the bone matrix, thereby strengthening it.
klu korg nk thu lebih lanjut leh la klik kt url kt bawah nie...semua cite tntg main badminton...




Dec 18, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN EMAK....

Hari ini adalah ulangtahun kelahiran bondaku tercinta...18 Disember 1951...jd skrang umur emak dah 59 tahun....ermmm...pilu lak ati nie...coz aku xdpt nk celebrate besday mak kt umah..sedangkan aku kt kuantan...nk blik pn fham2 la coz student mcm aku nie xde pndapatan ttap..heehe...(senyum dlm tangisan)..

emak bersama anak sedaraku yg pertama, haznie safiyah...

actually dr mlam td aku dh wish gune message jer coz nk call msti mak dh tido..
mak...walaupun sekadar message ringkas je dpt akak kirim kan tp sebenarnyer lg bsar yg akak nk bg pada mak..akak nk bg hadiah ini bkan just utk celebrate besday mak je,,,tp sepanjang prjlanan hidup kite sbgai seorg ibu dgn anak nyer hga akhirat kelak t mak akak nk brjaya dalam hidup dan nak membahagiakan mak agar mak xpnah rse penat lelah mnjaga kami adk beradik slme ini dr arwah bak(pgilan ayah bg org jawa) meninggalkan kite bertujuh hga la skrg kami dh besar2 belaka..wlupn msih byk kjayaan yg kami blum capai tp mak setia kpda kami mengorbankan hidup seorg wanita tidak berteman demi membesarkan anak-anak mak...
emak...begitu gigih skali mak membesarkan kami semua wlu trpkse hdapi mcm2 dgaan..terima kasih emak..
emak saya adalah yang terbaik...paling best skali...hehe...


BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM.....

SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI KEHIDUPAN IBUKU(RAHMAH BINTI MD TAIB) DAN BERADA DALAM KEREDHAAN-MU...
YA ALLAH ENGKAU KUATKAN HATI IBUKU(RAHMAH BINTI MD TAIB) , TEGUHKAN IMAM IBUKU(RAHMAH BINTI MD TAIB) , MURAHKAN REZEKI IBUKU(RAHMAH BINTI MD TAIB) , DAN ENGKAU JAUHI IBUKU(RAHMAH BINTI MD TAIB)  DARI SEGALA PERKARA YANG TIADA KEBAIKANNYA DAN SEMOGA ENGKAU MERAHMATI KEHIDUPAN IBUKU(RAHMAH BINTI MD TAIB)  BERSAMA KAMI ADIK BERADIK....
AMIN..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

hari tu akak nampak mak belek2 baju yg lbh kurang macm nie..akak thu mak nak bju nie kan...t ade rezeki akak belikan taw..


nie plak tudung yang mak nak gak kan..akak thu sb mak belek kat kedai tudung ari 2 kite g puas mak tgok...

----------------------------------------------------------------------------------------------

Bingkisan untuk ibuku...PUAN RAHMAH BINTI MD TAIB

Syair Untuk Ibu 
Karya : Maryto M.S 
Terlihat keletihan di wajah mu
Lewat garis-garis yang menua
Mata yang kian sayu
Seakan hanya kepasrahan yang terpancar
Lewat titik air mata yang mengalir
Manakala malam menjelang

Ku tahu begitu getir
Untuk berdiri sendiri
Tanpa teman setia
Yang dahulu di sisi mu
Karena kini yang tinggal hanyalah kesepian
Terdengar jelas dalam suara mu
dan langkah kaki yang kian lamban

Ku coba untuk tersenyum di hadapan mu
Dan ku tenggelamkan wajah ku
Tatkala aku menangis
Melihat kepedihan dan duka di sorot mata mu

Dibalik itu semua
Satu hal yang selalu ku percaya
Ini akan berlalu
Badai yang telah memporak-porandakan
Kekuatan yang telah lama kau bangun
juga akan berlalu
Tanpa sedikit pun tersisa
Dan kau pun mampu membangkitkan kembali
kami anakmu yang sedang larut dalam duka.

MALAS aka nor hidayatie binti mohammed

Berdasarkan pada pusat rujukan persuratan melayu didalam kamus dewan pelajar edisi 4 menyatakan-
MALAS:tidak mahu berbuat sesuatu; segan atau enggan berbuat sesuatu: Orang yg ~ tidak patut ditolong. bermalas-malas berehat-rehat atau bersenang-senang tanpa membuat apa-apa kerja: Mereka dilarang ~ di rumah. memalaskan menjadikan malas. kemalasan sifat malas: ~nyalah yg menyebabkan dia mundur dlm pelajarannya. pemalas orang yg malas.

Bagaimanapun istilah MALAS ini didalam kamus dewan edisi 4 menberi 2 maksud MALAShttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=malas, iaitu:-

  1. MALAS : tidak mahu berbuat apa-apa (bekerja dll), segan, lwn rajin: aku tidak mahu menolong orang yg ~ bekerja spt kamu ini; 2. tidak sudi, tidak suka, enggan, segan: kalau di tempat orang, jangan ~ bertanya; bermalas-malas duduk dgn tidak membuat sesuatu apa pun, duduk berehat-rehat, lengah: selepas makan, dia duduk di bawah pohon itu ~; memalaskan menjadikan malas: ia sengaja hendak ~ suaminya; kemalasan perihal malas: ia dicaci orang kerana ~nya; pemalasorang yg malas, penyegan: ia ~ dan penyegan tetapi penjudi.
  2. MALAS : ; burung ~ sj burung, a) burung segan, Caprimulgus indicus; b) burung kubur, Capri-mulgus macrurus.
Kenapa nak cite psal MALAS nie plak kn?? Sebenarnyer skang nie aku malas sgt deyhhh....xthu nape?? nk kata aku nie burung tp xbrsayap lak..mcm mksud dr kamus dewan 2-sejenis burung??a-burung segan, b-burung kubur..pehhh..main kubur2 plak..dh r sengsorang nie..scary movie aku jadinyer nie..ini lah manusia kdg2 mase selalu dirugi2kan..isshhhh2...(pandai cakap je kan aku nie..tp wat nyer x??)ayoyo...ape macam derr?? masa itu emas..andai mse itu manusia leh lihat bgaikan emas dh tn2 aku lah antara org2 terkaya didunia..tp aku nie btul2 xnak fham kn mksud sebenar "masa itu emas"..
k la...buat semua pmbaca blog nie..aku nk berubah...n korang jgn jadi mcm aku k..bdw aku tulis blog nie pn utk kurangkan kemalasan aku nie..n then leh r kurus cikit..otak pn cerdas kn??
k..g tido la ea..malam nie sorg2 je dlm bilik nie..huhu...selamat malam semua...




Ditangkap buaya,

     nampak riaknya;

ditangkap malas tak bertanda.



Bermaksud

Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.



as'salamualaikum...





Dec 17, 2010

DAUN KADUK MASAK BUDU

DAUN KADUK

MASAK LEMAK BUDU


Hari ini 2 my lovely mom masak kan utk isi rumahku lauk yg jarang2 mak masak.. Nak thu pe dia??
hehe..
daun kaduk msak lemak budu...sedap sangat...sampi 2org kakak aku yg dh khwin 2 minx cikt bwak blik umah diorg...(ishh2...wanita skang yg berkerjaya ni jarang sangat dpt msakkan utk suami diorg..)kihkih...sori ea kak long..kak ngah...akak citer jer..
berbalik semula pada cite asal yg aku nk citekan pada korg ialah cite nyer gini....(jengjengjeng...gempaq ckit)
kat umah aku mak aku suke brcucuk tanam pokok2 yg bri manfaat pada ktorg anak branak,,..dan salah satu nyer pokok kaduk nie la...daun nyer nk same macm daun sireh..tp korg jgn lak t dh biz aku cite nie korang jmpe daun sireh korang kata 2 daun kaduk...aku cakap macm daun sireh tp bau nyer berbeza k..pokok kaduk nie biase nyer menjalar kire spesis mcm sireh gak..
okey2...dah skrg nk ckp psal masak lmak budu 2 lak..oleh kerana byk dh sgt pokok kaduk nie menjalar kt belekang umah aku mak aku pn kutip..mgkin mse 2 mak aku dh xder idea g nk masak pe..jd i2 la santapan kami mase 2..
nk masak lauk nie pn agak makan mase 2..mne x nyer setelah daun kaduk 2 dh dikuti perlu la dicuci/basuh utk elak dr keracunan makanan ea..dh basuh lpas 2 kne lak cincang2 halus yep..agar senang nk makan,..(xkan nak msak daun kaduk 2 dlm helaian..susah r nk mkan t..g pn lmbat layu t..makan mase yg lg lme)
jd tntu2 la kne hiris dlu..setelah dihiris 2 korg kne gak sediakan bhan2 lain dan yg trpenting n terutama skali ialah budu atau name len yg sekarag semakin giat menpromosikan bahan utama ini IKS ialah sos ikan bilis..wow nme meke nie dh tkar..jd pada meke2 yg segan nk g thu yg meke mkan budu leh la tukar ayat meke..(i eat sos bilis..not budu)sah2 t ko kne ketuk..sb bajet je..kahkah...
bhan2 len aku lak xigt..hehe..t la ak tanyer mak aku..
klu nk thu t korg komen r kt ak..klu rmai yg nk thu ak g thu..klu xde yg nk thu xpe gak..t ade mse ak g thu gak...
tp yg penting aku nk korang tahu yang lauk kampung nie mmg sedap sgt lah..
hga menjilat pinggan weyhhh..hihi... k la..selamat mencube..

Perempuan Memang Tak Guna

Jangan la marah saya...saye pn perempuan..saya nak kongsi satu artikel nie...bace dlu...dh lame nk kongsi sebenarnyer...(sakit gak ati mule2 bce tajuk)

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.

  1. Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia    tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
  2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.
  3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
  4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
  5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya.. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.
  6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
  7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini’Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik’ ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. ‘Penyakit dlm hati’ adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
  8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?
  9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain.

Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita.. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

betul x kata saye??bagus artikel nie wat tauladan...pada empunyer artikel nie saya mohon kemaafan sb copy artikel nie..bkn nk glamour or cari untung tp nk share pada kekawan saye yg ader..

KURUSKAN BADAN


View Standard MeasurementsMetric Measurements
(centimeters)
(kilograms)

BMI Categories:

  • Underweight = <18.5
  • Normal weight = 18.5–24.9
  • Overweight = 25–29.9
  • Obesity = BMI of 30 or greater


URMMMmmm.......masyallah badan ku...BMI naik jd 23.9 menghampiri paras takat overweight...owhhh..tidakkkk....sama sekali xnak jd g2...

tp nk wat mcm ner kn,,,lapo je aku nie memanjang....mcm ne nk dpt bdan mcm ERRA FAZIRA ke AMY MASTURA ke atau atleast mcm ZIANA ZAIN ke..hehe...(klu nk mcm diorg dh tntu2 r aku kne pegi SLIMMING WORLD...woo.....byk r sgt duit aku nie...makan kt cnie pn hrapkan duit PTPTN ngn side income dari my lovely mother..(tq PUAN RAHMAH...ur the best mom in my world)
Nk xnk aku ikuti cara yg ringkas lagi menjimatkan dan hasilnyer 100% asli...nk tahu x ape dia??kihkih...aku xg SLIMMING WORLD ke atau LONDON MANAGEMENT tp aku gi jogging weyhh...
Bermula la saat nie aku bersaksikan sesape r yg bace blog aku nie korang kne saksi aku jd mcm artis2 yg aku sebut 2 okey beb...
Tp korang jgn la saksi dn tgok jer...korang bg r ckit2 komen kt aku..ikut korang la nk kutuk aku ke or nk bg semangat..aku xkisah dah weyhhh..jnji aku capai ini matlamat..
Tapi aku kire bernasib bek taw sb de sorg member aku nie sgup jd fitness train utk aku..sgup tman aku jogging keliling polisas ini n tunjuk ajar aku bbrapa cara nk senam cara betul..
Fuhhhh....(ala2 AWAL SHARI plak dehh..) penat bangat dong sehh...mner xnyer dh bape abad n dekad aku xjogging ase mcm bergegar jntung aku ngn otot nie mcm kne tarik jer..
urrmmmm...tp bbaloi r sb peluh mmg mengalir deras 2..(lemak sane sini, mcm 2 la-diri aku k...bkn org lain, jd jgn jd perasan yep)
K la...nk sambung seman g nie..atas katil lak..tingkatkan stamina...sambil nyanyi lagu WAKAWAKA..xigat lak nme penyanyi nie..hehe..korang cari r sendiri..
k...as'salamualaikum...


JAGALAH KESIHATAN ANDA SEBELUM TERLAMBAT

CUTE..MCAM BARU LAHIR PLAK KN..?


Birth Announcements

Dec 12, 2010

Memikat Hati Si Dia | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Syukur pada yg Esa dpt dprtemukan dgn artikel nie..
byk manfaat nye yg trsuarat dn trsirat....
semoga RAHMAT dari YANG ESA sentiasa bersama dengan diriku ini...

Memikat Hati Si Dia | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Dec 11, 2010

Tanda Tangan NOR HIDAYATIE BINTI MOHAMMED

HAHAKkkk...adakah patut aku menulis blog ini stelah sekian lame aku x menulisnyer..bukan xde mase tp byk mase ak biz kn brsame2 dgn ank2 buah ak yg ak gian gile nk mnjga nye..

Byk yg aku tulis ak smpan dlu dlm draft sb nk wat ayat2 sedapnyer..hehehe...
ni trbaru aku dapat collect dr kawan aku nyer blog..http://hajar1989.blogspot.com/
Teringin gile nk ade signature mcm dia ade..demand 2 aku nie,...

Mcm blog aku bagus sgt je..hehe..
p/s: jgn jadi mcm aku..demand kuat..hahahaheehehe..

Nov 27, 2010

ANAK- ANAK....SAUDARAKU...

INilah gelagat2 anak2 sedara ku..cik yatie boleh kurus tuh jga kamo klu smpi sebulan...haha..tp kamo semo tetap ceriakn..hehe..maaf la kne kongsi nestum n susu ngn cik yatie..kne la fham ketagihan cik yatie yg minat giler minum susu..ummppphhh......sedap lorh..
kihkihkihkihk....

  • HAZNIE SAFIYAH
  • HAZNIE SYAHADAH


CAKKKKkkkkkk........SAYA HAZNIE sYAHAdAH....


im FEeLinG TO sleePPP....Nk susU...


ISSSHHHHHhhhh.....DH2...jgn kACau sAYA LAGi LA...


teGAK x BAriSAn KAmi...


NO KOMEN.....PLEASE DON'T TAKE A PICTURE....!!!


NO KOMEN...CUME NK GAYAKAN SELENDANG JE LA...


ALA2 KAT ict g2...bling2..


ERMMM....same gak nie...minuM sUSu..


AIKKK....pe pANdAnG2 arrRRrrRR.....


KIHKIHKIH.......


APABILA.....

"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi." - HR Tarmidzi dan Ahmad

Nov 26, 2010

MORAL UNTUK YATIE..hakhak...(get the attention please!!)

nie pn yatie nk share taw...best gak...moral of the story is....bila saya nk kahwin dengan niat yg baik kerana ALLAH swt saya bole kahwin wlu usia masih muda...insyallah yatie bahagia selalu...amin..

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda.

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

This post has been edited by farizdanialz: 01 November 2010 - 08:31 PM

MACAM NK KAHWIN JER...

Posted Image

YA ALLAH, BERKATI LAH HAMBUMU INI...AMIN..

SOALAN SEBELUM KITA BERTUNANG

ARTIKEL NIE BEST TAW...YATIE NK SHARE KT SEMUA ORANG..BACE LA K...

Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, 'dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin'.

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.

Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa', bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.

Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.

Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.

Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa' mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.

Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.

Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.

10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.

Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.

Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.

Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.

Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

BEST BCE ARTIKEL NIE..AK NK SHARE KT SEMUA YG NK BCE K..

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.



BESTKAN??BETUL TAK KATA YATIE??