Jun 24, 2010

Facebook bukti kecurangan

Semakin ramai pasangan yang bercerai menjadikan laman web sosial Facebook sebagai bukti pasangan mereka melakukan kecurangan, menurut hasil kajian terbaru.

Kajian yang dijalankan sekumpulan peguam terkenal di Amerika mendedahkan, pelanggan mereka datang ke mahkamah dengan membawa bukti yang mereka temui di laman web itu.
Mereka berkata, laman sosial yang amat popular itu dilayari berjuta-juta pengguna memberi peluang mereka menghubungi rakan lama dan mencari rakan baru, tetapi pada masa yang sama menjadi punca individu berbohong dan menipu pasangan mereka.

Masalah biasanya bermula apabila pengguna bersembang perkara membabitkan seks perkara yang tidak wajar dilakukan dengan ‘rakan’ di internet.

“Semakin ramai pelanggan datang menemui saya dan apabila saya bertanya mengapa mereka mahu bertemu dengan saya, mereka menjawab Facebook,” kata peguam perceraian terkenal, Mary Cay Trace.

Beliau berkata, e-mel lucah dan mesej berbaur seks di laman Facebook menjadi bahan bukti yang semakin banyak didedahkan di mahkamah, sebagai punca perubahan sikap individu terhadap pasangan mereka sehingga menyebabkan perceraian.
Mary Cay berkata, mana-mana individu juga kini boleh menyiasat jiran dan rakan sepejabat melalui Facebook jika mengesyaki mereka berlaku curang.

Mary Cay merujuk kes seorang wanita yang menulis dalam laman web MyFoxPhilly.com mengenai gelagat suaminya bertukar-tukar nota cinta dengan bekas rakan sekolahnya selepas mereka bertemu kembali melalui Facebook.

“Hanya dalam tempoh beberapa bulan, perkahwinan wanita itu dan suaminya selama 13 tahun, berakhir dengan perceraian. Teman wanita baru suaminya juga bercerai dengan pasangannya. Mereka mempunyai dua orang anak,” katanya.

Bagaimanapun, kata Mary Cay lagi, perkara yang lebih menyedihkan adalah apabila seseorang individu mengesan kecurangan pasangan mereka di Facebook.

Perkara itu tidak hanya diketahui oleh mereka saja, sebaliknya jiran tetangga, anggota keluarga dan anak juga dapat mengetahuinya, kata peguam itu. – Agensi

Jun 22, 2010

"kehidupan yang bermula dari kesilapan"


Ayat itu selalu didengar dan dijadikan pendorong dalam kehidupan...
bagai satu ubat yang diberi pada pesakit untuk kurangkan sakit..
kata jururawat "ini ubat tahan sakit..makan bila perlu". jadi ini lah kadang-kadang satu sakit yang xdijangka bila datangnya..jadi sebagai manusia dan insan yang hanya menumpang dibumi ciptaan-NYA kita perlu lah redha dengan apa yang berlaku..kebiasaannya apa yg berlaku disebabkan kita sendiri sebagai manusia..baik atau buruk keadaan atau perkara manusia dapat bezakan cuma bila sesuatu keadaan mendesak oleh akal fikiran..
penah atau x, sesiapa mengalami perasaan yang buatkan kita pilih untuk buat jahat..?perkara ini pada ironi saya bukan sahaja berlaku atas sb ingin mencuba tapi dicampurkan dengan beberapa sb lain antaranya fikiran yang secara automatik merangsang minda kite bila berdepan dgn situasi trdesak utk buat jahat..
saya pernah la wat jahat(tp bkn org jahat yer) tp xwt slalu-jarang2-.pada kata lain saya nie nakal.
dibuat cite pada satu ketika ketika saya masuk klas undang2..sya mmg xmnt subjek teori sb saya suka kira2(otak kiri), jd pada ari 2 ada test..mlm nye 2 saya study la nk hafalkn kes2 yg saya blaja..esok tibe la saat test 2 dibuat..lecturenya llaki mmg trknal dgn kehenseman nye..tp masalah klu bbual dgn org graduate undang2 sb stp prkara yg xbtul pd dia, dia akn betah utk tgakkan pendirian dia..jd ari 2 pn saya jwb la dgn tenang krana mengingatkan ape yang saya baca dan hafal akan keluar..tp upe2nye antar 5 soalan 2 hanya 1 soalan je yg berkait dgn saya blaja..akhirnya terima hakikat cume dpt jwb 1 jer soalan..jawb la saya pd mase 2 pnuh konfiden..
tibe masa kertas jwapan 2 kna kutip..jd masa 2 kerts ditanda oleh member2 sndri.selesai sesi menanda kertas 2 jd dpt la kmbali krtas nya pd tuan empunya masing2..
saya pn tgok la dan thu byk salah dn paling kecewa skali soalan yg dijwb pnuh konfiden 2 kna pangkah sb satu perkataan jer trtggal..jd mse 2 tgok mrkah dh la cikt jer(plg sikt antra org lain) akhirnyer trjadi la keje gile..ape lg..amik la liquid kn kt pangkah 2 pas2 tulis la perkataan yg trtggal td. lecturer 2 pn minx la blik krtas jwapan td untk ctat markah..
sorg2 dia pgl dn smpi la gliran name saya kna pgil.."yatie..dtg dpan jap". jadi ak pn kedpan igt dpt krtas jwpan tp rupe2nye kna soal.
"awak wat ke siapa wat?awk liquid yea dn perkataan nie sapa tulis?
gggrrrrr....mggigil di buatnya jeling muke lecturer 2 tgah marah sgt la..
akhirnya "maaf encik..saya yg wat sb sye trtggal 1 ayat..sye yg liquid..".
"bgus ea awk...dh leh duk tmpt awk.."(keadaan marah sgt smbil bebel2..)
msa 2 TUHAN jer thu prasaan aku...
hehe...malu sgt..kne marah dn kne band...huhu..