Dec 17, 2010

DAUN KADUK MASAK BUDU

DAUN KADUK

MASAK LEMAK BUDU


Hari ini 2 my lovely mom masak kan utk isi rumahku lauk yg jarang2 mak masak.. Nak thu pe dia??
hehe..
daun kaduk msak lemak budu...sedap sangat...sampi 2org kakak aku yg dh khwin 2 minx cikt bwak blik umah diorg...(ishh2...wanita skang yg berkerjaya ni jarang sangat dpt msakkan utk suami diorg..)kihkih...sori ea kak long..kak ngah...akak citer jer..
berbalik semula pada cite asal yg aku nk citekan pada korg ialah cite nyer gini....(jengjengjeng...gempaq ckit)
kat umah aku mak aku suke brcucuk tanam pokok2 yg bri manfaat pada ktorg anak branak,,..dan salah satu nyer pokok kaduk nie la...daun nyer nk same macm daun sireh..tp korg jgn lak t dh biz aku cite nie korang jmpe daun sireh korang kata 2 daun kaduk...aku cakap macm daun sireh tp bau nyer berbeza k..pokok kaduk nie biase nyer menjalar kire spesis mcm sireh gak..
okey2...dah skrg nk ckp psal masak lmak budu 2 lak..oleh kerana byk dh sgt pokok kaduk nie menjalar kt belekang umah aku mak aku pn kutip..mgkin mse 2 mak aku dh xder idea g nk masak pe..jd i2 la santapan kami mase 2..
nk masak lauk nie pn agak makan mase 2..mne x nyer setelah daun kaduk 2 dh dikuti perlu la dicuci/basuh utk elak dr keracunan makanan ea..dh basuh lpas 2 kne lak cincang2 halus yep..agar senang nk makan,..(xkan nak msak daun kaduk 2 dlm helaian..susah r nk mkan t..g pn lmbat layu t..makan mase yg lg lme)
jd tntu2 la kne hiris dlu..setelah dihiris 2 korg kne gak sediakan bhan2 lain dan yg trpenting n terutama skali ialah budu atau name len yg sekarag semakin giat menpromosikan bahan utama ini IKS ialah sos ikan bilis..wow nme meke nie dh tkar..jd pada meke2 yg segan nk g thu yg meke mkan budu leh la tukar ayat meke..(i eat sos bilis..not budu)sah2 t ko kne ketuk..sb bajet je..kahkah...
bhan2 len aku lak xigt..hehe..t la ak tanyer mak aku..
klu nk thu t korg komen r kt ak..klu rmai yg nk thu ak g thu..klu xde yg nk thu xpe gak..t ade mse ak g thu gak...
tp yg penting aku nk korang tahu yang lauk kampung nie mmg sedap sgt lah..
hga menjilat pinggan weyhhh..hihi... k la..selamat mencube..

Perempuan Memang Tak Guna

Jangan la marah saya...saye pn perempuan..saya nak kongsi satu artikel nie...bace dlu...dh lame nk kongsi sebenarnyer...(sakit gak ati mule2 bce tajuk)

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.

  1. Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia    tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
  2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.
  3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
  4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
  5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya.. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.
  6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
  7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini’Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik’ ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. ‘Penyakit dlm hati’ adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
  8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?
  9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain.

Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita.. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

betul x kata saye??bagus artikel nie wat tauladan...pada empunyer artikel nie saya mohon kemaafan sb copy artikel nie..bkn nk glamour or cari untung tp nk share pada kekawan saye yg ader..

KURUSKAN BADAN


View Standard MeasurementsMetric Measurements
(centimeters)
(kilograms)

BMI Categories:

  • Underweight = <18.5
  • Normal weight = 18.5–24.9
  • Overweight = 25–29.9
  • Obesity = BMI of 30 or greater


URMMMmmm.......masyallah badan ku...BMI naik jd 23.9 menghampiri paras takat overweight...owhhh..tidakkkk....sama sekali xnak jd g2...

tp nk wat mcm ner kn,,,lapo je aku nie memanjang....mcm ne nk dpt bdan mcm ERRA FAZIRA ke AMY MASTURA ke atau atleast mcm ZIANA ZAIN ke..hehe...(klu nk mcm diorg dh tntu2 r aku kne pegi SLIMMING WORLD...woo.....byk r sgt duit aku nie...makan kt cnie pn hrapkan duit PTPTN ngn side income dari my lovely mother..(tq PUAN RAHMAH...ur the best mom in my world)
Nk xnk aku ikuti cara yg ringkas lagi menjimatkan dan hasilnyer 100% asli...nk tahu x ape dia??kihkih...aku xg SLIMMING WORLD ke atau LONDON MANAGEMENT tp aku gi jogging weyhh...
Bermula la saat nie aku bersaksikan sesape r yg bace blog aku nie korang kne saksi aku jd mcm artis2 yg aku sebut 2 okey beb...
Tp korang jgn la saksi dn tgok jer...korang bg r ckit2 komen kt aku..ikut korang la nk kutuk aku ke or nk bg semangat..aku xkisah dah weyhhh..jnji aku capai ini matlamat..
Tapi aku kire bernasib bek taw sb de sorg member aku nie sgup jd fitness train utk aku..sgup tman aku jogging keliling polisas ini n tunjuk ajar aku bbrapa cara nk senam cara betul..
Fuhhhh....(ala2 AWAL SHARI plak dehh..) penat bangat dong sehh...mner xnyer dh bape abad n dekad aku xjogging ase mcm bergegar jntung aku ngn otot nie mcm kne tarik jer..
urrmmmm...tp bbaloi r sb peluh mmg mengalir deras 2..(lemak sane sini, mcm 2 la-diri aku k...bkn org lain, jd jgn jd perasan yep)
K la...nk sambung seman g nie..atas katil lak..tingkatkan stamina...sambil nyanyi lagu WAKAWAKA..xigat lak nme penyanyi nie..hehe..korang cari r sendiri..
k...as'salamualaikum...


JAGALAH KESIHATAN ANDA SEBELUM TERLAMBAT

CUTE..MCAM BARU LAHIR PLAK KN..?


Birth Announcements